BERITA TERGEMPAR | Kemalangan lori FRU : Angka kematian meningkat sembilan orang - Polis | |
GEORGE TOWN, 28 Mac (Bernama) -- TT Vision Holdings Bhd (TTVHB), penyedia peralatan pemeriksaan dalam industri semikonduktor, melihat potensi pertumbuhan yang baik untuk pasaran luar negaranya.
Ketua Pegawai Eksekutif Goon Koon Yin berkata beliau berhasrat mengembangkan perniagaannya ke Korea Selatan dan Filipina.
"Ini bukanlah pasaran baharu sebenarnya. Korea Selatan telah menjadi pasaran utama kami sejak sekian lama. Kami dapat melihat pertumbuhan yang lebih baik... salah satu pasaran tumpuan kami tahun ini.
“Tahun ini kami mula mempunyai pasaran atau pasaran utama yang telah memberikan sumbangan penting kepada kami,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Goon berkata syarikat itu akan mengukuhkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk prestasi produk yang lebih baik.
Beliau berkata untuk meningkatkan segmen R&D, syarikat itu menyasarkan untuk meningkatkan bilangan pekerjanya dengan menambah 20 (kakitangan) dalam tempoh dua tahun akan datang.
“Perniagaan kami sangat bergantung kepada cara kami menginovasi produk kerana kami perlu membandingkan dengan pesaing. Untuk menghasilkan produk yang baik, kita perlu berusaha keras dalam R&D,” katanya.
TTVHB terlibat terutamanya dalam pembangunan dan pembuatan peralatan penglihatan mesin dan penyediaan produk serta perkhidmatan yang berkaitan.
Kilang pembuatannya seluas 53,000 kaki persegi di Bayan Lepas di sini terdiri daripada lapan hingga 10 jabatan dengan lebih 130 pekerja.
Pasaran TTVHB terutamanya ialah China, Malaysia, Korea Selatan, Filipina, Jerman, Amerika Syarikat, Thailand, Vietnam, Singapura dan Hong Kong.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial