BERITA TERGEMPAR | Kemalangan lori FRU : Angka kematian meningkat sembilan orang - Polis | |
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Quest International University (QIU) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Hospital Ar-Ridzuan untuk menjalin kerjasama dalam pembangunan serta pengendalian perkhidmatan makmal dan ujian di hospital.
Di bawah perjanjian yang ditandatangani baru-baru ini, QIU bersetuju untuk menyediakan latihan, pengetahuan, dan tenaga kerja untuk menambah perkhidmatan ujian kesihatan Hospital Ar-Ridzuan.
Dalam satu kenyataan hari ini, QIU berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk meneroka penyediaan kemudahan untuk makmal komersial dan mendapatkan kelulusan yang diperlukan daripada pihak berkuasa masing-masing.
“Projek makmal komersial akan memberi peluang kepada pelajar QIU menjalankan ujian dan penyelidikan di makmal, menyediakan tenaga kerja yang tidak ternilai sambil mengasah dan merangka kemahiran mereka. Kerjasama itu membolehkan QIU memanfaatkan kepakaran akademik dan penyelidikannya untuk mempelbagaikan aliran pendapatannya melangkaui hasil berasaskan yuran tuisyen-mewujudkan model kewangan yang lebih mampan untuk universiti,” katanya.
Perjanjian itu ditandatangani pada majlis yang berlangsung di QIU, di Ipoh, Perak, pada 7 Mac, oleh Ketua Pegawai Eksekutif Global International Training Associates Nicholas Goh dan Pengurus Besar Hospital Ar-Ridzuan Dahari Mas’ud.
Turut hadir, Naib Canselor QIU Prof Zita Mohd Fahmi, Pendaftar QIU Muhammad MG Omar, Pengerusi Kumpulan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (PKEINPK) Datuk Dr Mohamed Hashim Ahmad Tajudin dan Pengerusi Hospital Ar-Ridzuan Zulkifly Zakaria.
Sementara itu, Goh berkata pendidikan secara amali adalah tonggak pedagogi QIU.
“Kami mahu menawarkan pelajar peluang untuk mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari dalam situasi kehidupan sebenar. Ini akan memberi mereka pengalaman industri yang penting dan mengembangkan keupayaan mereka. Apabila mereka tamat pengajian, ini akan menjadikan mereka yang sangat dicari dalam pasaran kerja.
“Sumber akademik dan penyelidikan kita harus sentiasa digunakan untuk menyokong punca yang memberi kesan kepada masyarakat. Kerjasama dengan Hospital Ar-Ridzuan ini akan menyediakan lebih banyak pilihan ujian kepada orang ramai dan menjadikan ujian lebih cepat. Kami berharap dapat memperluaskan kerjasama ini dengan Hospital Ar-Ridzuan dalam bidang yang lebih luas,” katanya.
Dahari berkata inisiatif MoU itu bertujuan menyediakan pelbagai kemudahan perubatan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan di Hospital Ar-Ridzuan.
“Melalui kepakaran kedua-dua pihak, kerjasama ini diharapkan dapat memperkasakan individu berkeperluan khas ke arah kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti. Melalui kerjasama strategik seperti ini, Hospital Ar-Ridzuan dan QIU diharap dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka secara keseluruhan dan menawarkan lebih banyak perkhidmatan dalam bidang kepakaran mereka,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial