MELAKA, 27 Mac (Bernama) -- Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes cubaan membunuh seorang pesara pada 27 Feb lepas.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata lelaki itu, Syafiq Raj Kalai Selvan, 27, dicari selepas disyaki melanggar seorang lelaki dengan kereta hingga mangsa cedera parah.
"Mangsa sebelum itu menegur dua suspek lelaki yang berada di dalam kereta supaya memperlahan radio yang dibuka kuat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Christopher berkata satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun.
Beliau berkata seorang lagi suspek berjaya ditahan pada 27 Feb lepas di kawasan Ayer Keroh di sini.
Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Syafiq Raj diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ahmad Nazam Md Shah di talian 012-722 1913.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial