BERITA TERGEMPAR   Kemalangan lori FRU : Angka kematian meningkat sembilan orang - Polis | 
 JENAYAH & MAHKAMAH

Sembilan individu didenda RM2,000 kerana bergaduh selepas minum arak

26/03/2023 08:14 PM

JOHOR BAHRU, 26 Mac (Bernama) -- Polis menahan seramai 11 individu bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di kawasan perumahan di Taman Cendana, Pasir Gudang, di sini, pada 19 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Mohd Sohaimi Ishak, berkata penahanan terhadap individu termasuk seorang wanita berusia 17 hingga 53 tahun itu, susulan satu video yang memaparkan pergaduhan berkenaan.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati pergaduhan yang berlaku pada jam 11.05 malam itu berpunca daripada beberapa individu yang ditangkap membuat bising selepas mengambil minuman keras.

“Kesemua individu itu ditahan pada hari kejadian dan kita dapati enam individu yang diberkas mempunyai 13 rekod jenayah lampau serta tiga rekod berkaitan dadah. 

“Selain itu, seorang daripada 11 individu yang ditahan itu juga mempunyai dua rekod dikehendaki polis membabitkan kes dadah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes itu telah dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 22 Mac lepas mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, dengan sembilan individu dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 atau lima bulan penjara.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah video berdurasi satu minit 31 saat yang memaparkan satu pergaduhan di sebuah flet, sejak semalam. 

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan