JENAYAH & MAHKAMAH

POLIS TAHAN PEMUDA BAWA 560KG DAUN KETUM

26/03/2023 02:04 PM

JELI, 26 Mac (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki dan merampas 560 kilogram (kg) daun ketum, selepas mengejar sebuah kereta sejauh kira-kira 15 kilometer, di tepi jalan Kampung Pasir Dusun, di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Jeli Supt Saari Yaacob berkata penganggur berumur 25 tahun itu ditahan pada pukul 10.30 pagi selepas anggota polis mengesan lelaki berkenaan yang dilihat mencurigakan, semasa membuat rondaan Op Tapis.

Beliau berkata anggota polis itu kemudiannya memperkenalkan diri dan mengarahkan suspek berhenti di bahu jalan, namun dia terus memecut laju kenderaannya.

Katanya selepas ditahan, pemeriksaan di bahagian tempat duduk belakang dan but kereta itu membawa kepada penemuan 56 bungkusan plastik hitam disyaki mengandungi daun ketum seberat 560kg yang bernilai kira-kira RM5,680, serta 1,000 milliliter (ml) air ketum dan 100ml ubat batuk.

Saari berkata suspek yang memiliki dua rekod lampau termasuk satu berkaitan daun ketum, didapati mengambil upah membawa bahan terlarang itu yang diperoleh dari Sik, Kedah, untuk dipasarkan di Tanah Merah.

"Suspek yang positi dadah jenis methamphetamine kini direman empat hari bermula Khamis," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli, di sini hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan