AM

Banjir di Johor surut sepenuhnya, dua PPS terakhir di Batu Pahat ditutup

26/03/2023 01:39 PM

BATU PAHAT, 26 Mac (Bernama) -- Banjir di negeri ini surut sepenuhnya dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di daerah ini ditutup pada 12 tengah hari.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata dua PPS berkenaan ialah Dewan Orang Ramai Yong Peng yang menempatkan 79 orang daripada 22 keluarga dan PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Medan membabitkan 62 mangsa daripada 15 keluarga.

Penduduk yang terjejas itu mula pulang ke kediaman masing-masing berikutan ‘banjir termenung’ sebelum ini surut sepenuhnya.

Setakat ini, Sungai Bekok di Empangan Bekok berada di paras amaran iaitu 18.92 meter (m) manakala dua sungai berada pada paras waspada iaitu Sungai Lenik di Ladang Chaah (5.07m) dan Sungai Sembrong di Empangan Sembrong (10.66m).

Dalam pada itu, kesemua daerah di negeri ini dijangka cerah tengah hari ini.

Hampir sebulan banjir melanda Johor sejak 28 Feb lepas sehingga menjejaskan lebih 85,000 penduduk di 10 daerah serta disifatkan sebagai banjir terburuk, menyamai bencana yang sama pada tahun 2006.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan