BERITA TERGEMPAR   Kemalangan lori FRU : Angka kematian meningkat sembilan orang - Polis | 
 AM

Perak capai jualan RM2 juta sepanjang MATTA Fair di Kuala Lumpur

25/03/2023 03:09 PM

IPOH, 25 Mac (Bernama) -- Sebanyak RM2 juta hasil jualan tiket produk pelancongan dan tempahan bilik hotel, telah diraih pada Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembara Malaysia (MATTA Fair) yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Loh Sze Yee berkata nilai jualan itu, jelas menunjukkan bahawa Perak merupakan salah satu pempamer yang paling popular di MATTA Fair.

“Tourism Perak telah mempelbagaikan lagi capaian orang ramai kepada produk pelancongan negeri Perak, dengan menandatangani memorandum persefahaman bersama pihak Tourplus Technology iaitu aplikasi yang berfungsi sebagai enjin penempahan yang hanya memfokus produk pelancongan di negeri Perak.

“Platform ini menawarkan pelbagai pilihan perkhidmatan antaranya tempahan hotel, pengangkutan awam, baucar urutan spa, makanan dan lain-lain lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Loh berkata kerajaan negeri sedang giat memperkasakan kerja promosi dan publisiti melalui Tourism Perak, serta merancang untuk memohon peruntukan khas daripada kerajaan negeri bagi melaksanakan lebih banyak projek sempena Tahun Melawat Perak 2024.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan