KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menyambut Hari Polis ke-216, kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau turut menzahirkan penghargaan buat semua warga PDRM atas jasa dan khidmat bakti yang diberikan kepada rakyat dan negara.
“Pengorbanan warga PDRM dalam menjaga dan memelihara kemanan negara akan sentiasa dikenang buat selamanya,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau.
Hari Polis disambut pada setiap 25 Mac, dengan tema tahun ini ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.’
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial