POLITIK

PRN: PH Pulau Pinang mesyuarat 2 April

24/03/2023 08:53 PM

GEORGE TOWN, 24 Mac (Bernama) -- Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang dijangka mengadakan mesyuarat dalaman pada 2 April ini, sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini.

Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata mesyuarat tersebut dijadual dihadiri semua pemimpin parti gabungan PH bagi membincangkan kerjasama, sebelum rundingan diadakan dengan Barisan Nasional (BN) negeri itu.

"Tarikh mesyuarat PH pusat belum ditentukan...kita habiskan mesyuarat dalaman PH negeri (dahulu) yang (dijangka) akan diadakan pada hari Ahad, 2 April," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Bazar Ramadan Prangin Mall 2023 di sini hari ini.

Chow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata selepas mesyuarat dalaman PH negeri, gabungan itu akan mengadakan perbincangan dan rundingan dengan BN Pulau Pinang mengenai pengagihan kerusi bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.

Pulau Pinang antara enam negeri termasuk Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu yang akan mengadakan PRN pada tahun ini.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan