BERITA TERGEMPAR | Kemalangan lori FRU : Angka kematian meningkat sembilan orang - Polis | |
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- LB Auto Force (M) Sdn Bhd, anak syarikat LB Auto Group telah dianugerahkan Sijil Jaminan Pengguna bagi 2022/2023 untuk produk jenama QHUK.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LB Auto Group, Lean Eng San, sebagai antara pengedar borong alat ganti kereta di Malaysia, pengiktirafan tersebut berupaya memberikan keyakinan dan jaminan kepada pengguna Malaysia untuk menggunakan produk syarikat terutamanya daripada jenama QHUK.
“Ia merupakan pengiktirafan dan penghargaan terhadap syarikat serta sumber motivasi untuk memberikan lebih banyak produk berkualiti kepada pengguna pada masa depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, syarikat perlu melalui pelbagai penilaian oleh Dewan Perniagaan Perlindungan Pengguna Dunia (WCPCC) sebelum diberikan pengiktirafan sijil yang dikeluarkan Majlis Tindakan Pengguna Negara dan WCPCC.
Kumpulan LB Auto berpengalaman lebih 20 tahun dalam pasaran alat ganti automotif dan pengedaran di Malaysia, dan kini mempunyai tujuh pusat jualan di seluruh Malaysia termasuk Butterworth, Ipoh, Segambut, Sabak Bernam, Kajang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.
Lean berkata kumpulan ini akan terus berkembang untuk memberikan nilai “Near and Save” kepada pelanggan.
Pada 2016, LB Auto Group memperoleh hak agensi QHUK di Asia Tenggara, menjadikannya sebagai pembekal alat ganti kereta utama di Malaysia.
Sistem brek dan ampaian jenama QHUK yang diwakili oleh syarikat ini boleh dibekalkan kepada kereta-kereta Jepun, Korea, Jerman dan tempatan.
Alat ganti kereta ini mempunyai jaminan satu hingga dua tahun dan dianggap sebagai alat ganti kereta yang berkualiti tinggi di pasaran.
Mereka yang berminat untuk membeli atau menjadi ejen alat ganti kereta QHUK boleh melayari laman web LB Auto Group di https://www.lbautogroup.com/ atau hubungi khidmat pelanggan melalui http://www.wasap.my/60133989113/Hi,LBAutoGroup.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial