BERITA TERGEMPAR   Kemalangan lori FRU : Angka kematian meningkat sembilan orang - Polis | 
 DUNIA

CMG, Rossiyskaya Gazeta meterai memorandum kerjasama 

24/03/2023 11:41 AM

MOSCOW, 22 Mac (Bernama) -- Kumpulan Media China (CMG) dan akhbar Rossiyskaya Gazeta (Akhbar Rusia) memeterai satu memorandum kerjasama di sini, pada Selasa.

CMG diwakili oleh Presidennya Shen Haixiong manakala Rossiyskaya Gazeta diwakili oleh Ketua Pengarahnya Pavel Negoitsa.

Memorandum yang dimeterai sempena lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Rusia itu itu bertujuan untuk meningkatkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak. 

Bagi merapatkan pertukaran dan kerjasama antara media China dan Rusia, CMG dan Rossiyskaya Gazeta bersetuju untuk membina mekanisme kerjasama tetap dan menjalankan kolaborasi dengan lebih meluas melibatkan pertukaran berita, jurnal bersama, latihan kakitangan dan pertukaran teknikal.

Ia sekali gus menyumbang kepada perkembangan hubungan perkongsian strategik komprehensif bagi koordinasi pada era baharu China-Rusia yang sihat dan mampan.

Pada majlis menandatangani memorandum itu, Negoitsa menzahirkan ucapan tahniah kepada CMG atas ulang tahun kelima penubuhannya, selain turut menyampaikan cenderahati majalah berbahasa Rusia “Style China” sempena ulang tahun ke-10 pelancarannya di Rusia.

Rossiyskaya Gazeta merupakan media cetak rasmi terbesar dan paling berprestij di Rusia.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan