EKONOMI

Institut perbankan Islam berupaya bangunkan bakat kewangan global

24/03/2023 11:05 AM

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) menyediakan medium penting untuk membangunkan bakat dalam industri kewangan Islam bagi memastikan profesional yang berkemahiran dan berpengetahuan untuk memenuhi permintaan yang meningkat terhadap kepakaran kewangan Islam selain mempamerkan nilai bertanggungjawab dan beretika dari segi sosial.

Majlis Penganugerahan Pensijilan IBFIM keempat yang dianjurkan baru-baru ini menegaskan usahanya untuk mengiktiraf institusi kewangan Islam yang memperlihatkan komitmen teguh untuk membangunkan bakat kewangan Islam.

“Kewangan Islam adalah berdasarkan prinsip undang-undang Islam, atau syariah, yang menentukan segala aspek kehidupan umat Islam dan ini satu sistem yang melarang urus niaga berasaskan faedah dan menggalakkan pelaburan yang bertanggungjawab dan beretika dari segi sosial,” menurut institut itu dalam kenyataan hari ini.

Walaupun berasal dari negara Islam, ia telah  menjadi fenomena global pada masa ini dan diamalkan oleh rakyat berbilang bangsa dan agama.

Menurut kenyataan tersebut, sehubungan itu, IBFIM yang mengkhusus dalam kewangan Islam menjadikannya sebagai misi untuk membangunkan pengetahuan, meningkatkan kemahiran dan mempermudah pertumbuhannya menerusi pendekatan yang inovatif.

Institut berkenaan menyasarkan untuk menerapkan nilai dan prinsip kewangan Islam dalam amalan industri perbankan dan menempatkan dirinya selaku platform kewangan Islam global bagi meraih ilmu dan menjadi rakan kongsi pengetahuan yang menjadi pilihan untuk pembangunan kewangan Islam global, katanya.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan