AM

Mangsa banjir di Batu Pahat 419 orang pagi ini

24/03/2023 09:45 AM

JOHOR BAHRU, 24 Mac (Bernama) -- Mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 419 orang setakat 8 pagi berbanding 439 orang pada 8 malam tadi, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

JPBN menerusi kenyataan memaklumkan lima pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi dengan menempatkan 113 keluarga.

Lima PPS itu ialah Sekolah Kebangsaan Seri Medan yang menempatkan 209 orang; Sekolah Agama (SA) Seri Bertam (enam orang); Dewan Orang Ramai Yong Peng (129 orang); Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hua Min (21 orang) dan SA Seri Comel (54 orang).

JPBN turut memaklumkan Sungai Bekok di Empangan Bekok masih berada di paras amaran dengan bacaan 19.00 meter, manakala cuaca di kesemua 10 daerah dilaporkan cerah pada pagi ini.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan