AM

MANGSA BANJIR DI BATU PAHAT TINGGAL 439 ORANG SETAKAT 8 MALAM INI

23/03/2023 09:36 PM

BATU PAHAT, 23 Mac (Bernama) -- Mangsa banjir di daerah ini menurun sedikit kepada 439 orang setakat 8 malam ini berbanding 444 orang pada 4 petang tadi, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Menerusi satu kenyataan, JPBN memaklumkan hanya tinggal lima pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi dengan menempatkan 122 keluarga.

Lima PPS itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Medan yang menempatkan 240 penduduk; Sekolah Agama (SA) Seri Bertam (enam orang); Dewan Orang Ramai Yong Peng (118 orang); Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hua Min (21 orang) dan SA Seri Comel (54 orang). 

JPBN juga memaklumkan Sungai Bekok di Empangan Bekok berada di paras amaran dengan kedalaman 19.01 meter, pada petang ini.

Cuaca dijangkakan mendung di Johor Bahru dan Pontian manakala lapan daerah lain dijangka cerah.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan