BERITA TERGEMPAR   Kemalangan lori FRU : Angka kematian meningkat sembilan orang - Polis | 
 EKONOMI

TNB lantik Abdul Razak Abdul Majid sebagai Pengerusi

23/03/2023 06:32 PM

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Lembaga pengarah Tenaga Nasional Bhd (TNB) meluluskan pelantikan Datuk Abdul Razak Abdul Majid sebagai  pengerusi syarikat bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 27 Mac, 2023.

TNB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata Abdul Razak, 72, ketika ini merupakan ahli Jawatankuasa Tindakan bagi penubuhan Pusat Tenaga Nasional sejak 2021 dan ahli Panel Penasihat Bebas, Perbadanan Sumber Petroleum Malaysia sejak 2022.

Menurut syarikat itu, beliau turut dijemput oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia untuk mempengerusikan dua jawatankuasa (Rantaian Bekalan dan Pelesenan) sejak 2022.

Abdul Razak juga memegang jawatan pengarah di Petronas Gas Bhd. 

-- BERNAMA

 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan