AM

Anwar merafak sembah, ucap tahniah sempena Ulang tahun Keputeraan Sultan Ibrahim

23/03/2023 06:12 PM

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi baginda hari ini. 

Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri mendoakan agar Sultan Ibrahim dan  Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat Johor Darul Ta’zim dengan adil dan saksama. Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan tidak berbelah bahagi,” katanya.

Anwar kini berada di Arab Saudi untuk lawatan rasmi tiga hari bermula semalam.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan