BERITA TERGEMPAR   Kemalangan lori FRU : Angka kematian meningkat sembilan orang - Polis | 
 EKONOMI

Petronas, Phoenix Petroleum teroka peluang perniagaan di Filipina

23/03/2023 05:06 PM

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Phoenix Petroleum untuk bersama-sama meneroka peluang perkongsian dalam perniagaan pemasaran hiliran dan penyelesaian teknologi yang berkaitan di Filipina.

Dalam satu kenyataan bersama, kedua-dua pihak berkata di bawah MoU itu, Petronas dan Phoenix akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan secara bersama dan bekerjasama ke fasa pelaksanaan seterusnya.

"Ini akan menyaksikan kedua-dua syarikat itu bersama-sama mewujudkan pengalaman yang unik, memanfaatkan bahan api berkualiti tinggi dan penyelesaian digital yang inovatif.

"Jika ia berjaya, kerjasama itu akan membolehkan Phoenix mendapat akses kepada penawaran pemasaran jenama Petronas, termasuk teknologi bahan api dan cecairnya, sambil membolehkan Petronas mengembangkan jejaknya ke Filipina," katanya.

MoU itu menandakan kerjasama kedua di antara kedua-dua syarikat selepas perjanjian pertama mereka pada 2017, apabila Phoenix memperoleh keseluruhan perniagaan gas petroleum cecair (LPG) Petronas di Filipina, yang kini dimiliki oleh anak syarikatnya, Phoenix LPG Philippines, Inc.

Petronas berada di lebih 90 buah negara, termasuk memiliki perniagaan runcit terbesar di Malaysia dengan lebih 1,000 stesen, sementara Phoenix memiliki hampir 700 stesen runcit di seluruh Filipina dan telah mengembangkan perniagaannya ke Singapura dan Vietnam.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan