AM

Gangguan bekalan air jejas kemeriahan hari pertama puasa di Labuan

23/03/2023 01:01 PM

LABUAN, 24 Mac (Bernama) -- Gangguan bekalan air sejak beberapa hari lepas telah menjejaskan kemeriahan hari pertama Ramadan di pulau bebas cukai ini.

Lebih 20 kampung dan taman perumahan tidak menerima bekalan air dan terpaksa bergantung kepada tangki statik di kawasan kediaman masing-masing, selain membeli air minuman botol untuk kegunaan harian. 

Ketua Bahagian Bekalan Air Labuan (BBAL) Trinil Indah Puspita berkata gangguan bekalan air sejak Isnin lepas berpunca daripada litar pintas yang merosakkan papan kawalan utama pam fasa dua di Stesyen Pulau Enoe.

"Kita telah berusaha sedaya-upaya untuk mempercepatkan pembaikan oleh pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), termasuklah mendapatkan kepakaran daripada pihak Petronas Methanol Labuan untuk membantu.

"Pada hari ini, kedua-dua pam utama fasa dua di Pulau Enoe telah berfungsi dengan sempurna dan telah mula menyalurkan air dari tangki imbangan Pulau Enoe ke tangki-tangki imbangan lain sebelum dapat disalurkan kepada pengguna," katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya masa pemulihan di setiap kawasan berbeza mengikut jarak dan ketinggian kawasan.

“Kg Durian Tunjung, kawasan Penghulu Tuah, Kg Lajau, Kg Ganggarak, kawasan Merinding dijangka akan paling lewat menerima bekalan disebabkan kawasan ini terletak pada penghujung laluan penyaluran air dalam paip,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan