BERITA TERGEMPAR   Kemalangan lori FRU : Angka kematian meningkat sembilan orang - Polis | 
 POLITIK

Jalaluddin Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan baharu

22/03/2023 09:18 PM

SEREMBAN, 22 Mac (Bernama) -- Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan baharu menggantikan Datuk Seri Mohamad Hasan berkuat kuasa hari ini.

Jalaluddin mengucapkan terima kasih kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang telah memberi kepercayaan kepadanya untuk menggalas tanggungjawab atas lantikan itu.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Mohamad Hasan yang menerajui kepimpinan UMNO Negeri Sembilan sebelum ini.

Ini bukan satu tanggungjawab yang kecil, jawatan ini dipakejkan sekali dengan satu amanah yang cukup besar terutamanya di waktu UMNO Negeri Sembilan akan berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa beberapa bulan akan datang,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Jalaluddin turut berazam membawa UMNO negeri ini ke satu fasa yang baharu dan memastikan parti itu kembali meraih sokongan dan relevan dalam kalangan rakyat.

Menurutnya matlamat berkenaan tidak akan dapat dicapai jika beliau bergerak seperti dalam silo dan sehubungan itu sokongan dan kerjasama daripada semua kepimpinan UMNO di lapan bahagian negeri ini amat diperlukan.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan