AM

Polis Selangor nafi buat permohonan sumbangan kewangan taja Hari Polis ke-216

22/03/2023 06:03 PM

SHAH ALAM, 22 Mac (Bernama) -- Polis Kontinjen Selangor menafikan dakwaan yang tular di aplikasi Telegram berkenaan surat permohonan sumbangan kewangan bagi penajaan Program Hari Polis Ke-216 baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussien Omar Khan dalam kenyataan hari ini menafikan kewujudan surat yang dikongsikan oleh Edisi Siasat di aplikasi berkenaan dikeluarkan oleh mana-mana jabatan dalam Kontinjen Selangor.

"Polis ingin menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang perkongsian atau penyebaran sesuatu berita dari sumber yang tidak sahih. Mana-mana pihak yang menyebarkan mesej atau berita palsu boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa," katanya.

Menurutnya surat itu antara lain menyatakan bahawa sumbangan kewangan yang diminta sebanyak RM50,000 dimasukkan ke akaun sebuah syarikat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan