AM

INDUSTRI PERKILANGAN DISARAN SERTAI INISIATIF JUALAN RAHMAH

20/03/2023 07:24 PM

ALOR GAJAH, 20 Mac (Bernama) -- Kerajaan menggalakkan lebih banyak industri perkilangan menyertai inisiatif Jualan Rahmah bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Fuziah Salleh, berkata ketika ini kerajaan menerima banyak pertanyaan daripada pemain industri perkilangan untuk menyertai inisiatif berkenaan.

"Pengilang perlu menyelesaikan masalah struktur harga berkenaan,” katanya pemberita pada Program Jualan Rahmah Kasih Sayang bersama Julie's, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Fuziah berkata tiada keperluan untuk menubuhkan kembali Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi memandangkan kerajaan sudah mempunyai pasukan pelaksana sendiri.

Katanya, pasukan pelaksana tersebut akan meneliti keputusan dibuat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) dalam usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat akibat ketidaktentuan ekonomi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan