KUCHING, 19 Mac (Bernama) -- Sebanyak 23 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) baharu akan dibuka di Sarawak tahun ini bagi menggalakkan dan meningkatkan tahap celik Internet dalam kalangan rakyat.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata pada masa ini Sarawak mempunyai sejumlah 133 PEDi di seluruh negeri.
Beliau berkata penubuhan pusat berkenaan juga sebahagian daripada rancangan besar kerajaan untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu pusat Internet di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.
“Menerusi PEDi kita boleh mengajar terutamanya penduduk luar bandar bagaimana mereka boleh menggunakan Internet dan menjadi sebahagian daripada ekonomi digital.
“Menjadi matlamat kementerian saya juga bahawa menjelang 2025 ekonomi digital boleh menyumbang sekurang-kurangnya 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara,” katanya kepada pemberita selepas melawat pejabat RTM Kuching di sini, hari ini.
--BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial