AM

Kadar zakat fitrah Perak RM7 hingga RM21

16/03/2023 01:45 PM

IPOH, 16 Mac (Bernama) -- Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada 6 hingga 8 Dis lepas telah menetapkan harga bagi zakat fitrah untuk tahun 1444H/2023M dengan tiga pilihan harga iaitu RM7, RM14 dan RM21.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari berkata harga minimum perlu dibayar oleh setiap individu berkewajipan mengeluarkan zakat fitrah adalah sebanyak RM7 dan digalakkan bagi yang menggunakan beras wangi atau seumpama atau setara sebanyak RM14 dan bagi menggunakan beras basmathi atau seumpama atau setara sebanyak RM21.

"Kita menyediakan kutipan bayaran melalui amil yang dilantik melalui kaunter di masjid dan surau termasuk lokasi tumpuan orang ramai seperti kompleks beli-belah, pasar terbuka, stesen minyak dan premis perniagaan serta pejabat kerajaan atau swasta terpilih.

"Selain itu, MAIPk turut melaksanakan sistem amil fitrah lantikan kariah masjid yang bergerak dari rumah ke rumah bagi memudahkan ahli kariah melaksanakan ibadah zakat terutama warga tua," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagi kemudahan bayaran dalam talian beliau berkata, MAIPk menyediakan beberapa platform seperti Financial Process eXchange (FPX) melalui portal MAIPk, aplikasi GoPayZ, Shopee, Maybank2u dan aplikasi Snap N Pay.

Penyata bayaran zakat fitrah bagi medium bayaran FPX MAIPk dihttps://ezakat.maiamp.gov.my/ boleh dimuat turun terus daripada sistem FPX MAIPk manakala bagi medium bayaran selain FPX MAIPk, penyata bayaran zakat fitrah boleh diperoleh selepas tiga hari transaksi dibuat. 

Pembayar perlu mendaftar terlebih dahulu dan login ke dalam sistem portal penyata zakat MAIPk di laman sesawang https://online.maiamp.gov.my/zakatperak. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan