AM

PM sembah maklum pembangunan negara, Kedah kepada Sultan Sallehuddin

15/03/2023 11:20 PM

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkongsi beberapa keping gambar semasa sesi menghadap Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, semalam.

Menerusi catatan terbaharu di laman Facebook, Anwar menjunjung kasih kepada Sultan Sallehuddin atas perkenan menerima menghadap malam tadi.

Perdana Menteri berkata pada sesi menghadap itu, beliau menyembah maklum berhubung soal pembangunan negara dan negeri Kedah kepada baginda.

Pada kesempatan itu, Anwar berkata beliau turut menziarahi makam Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah ibni Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, Almarhum Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah di Makam Diraja Langgar.

Perdana Menteri turut mendoakan semoga Sultan Sallehuddin dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan