AM

POLIS AMBIL KETERANGAN PENGARAH, PELAKON FILEM MENTEGA TERBANG

10/03/2023 08:59 PM

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia telah merakam percakapan pengarah dan seorang pelakon filem Mentega Terbang di Bukit Aman pada 10 pagi tadi.

Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Saaduddin berkata siasatan itu dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

“Rakaman percakapan ke atas penerbit filem itu pula akan dirakam pada 14 Mac depan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Filem Mentega Terbang, yang disiarkan secara percuma di platform penstriman digital, telah dibantah oleh umat Islam di negara ini kerana didakwa mengandungi unsur pluralisme agama yang boleh menjejaskan akidah.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan