KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Lazada Malaysia (Lazada) melancarkan Koleksi Raya LazLook eksklusif mereka dengan lebih 250,000 rangkaian fesyen raya jenama dan persona tempatan, menjelang Hari Raya Aidilfitri di CommonKL @ BBPark, baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Alan Chan berkata pelancaran itu merupakan pengenalan kepada peminat fesyen, untuk mencari stail masing-masing, serta menjadi inspirasi daripada barangan dan jenama pakaian Muslim yang sedang menjadi trend.
Alan menyatakan bahawa koleksi eksklusif Raya 2023 mempamerkan barangan daripada 10 jenama tempatan termasuk Naelofar, Petit Moi, Rico Rinaldi, Poplook, Cynthia Tang, Zucca, Baju Somerset, Zoe Arissa, Gene Martino dan TATO Shop.
Koleksi itu menawarkan pelbagai jenis pilihan dari baju kurung dan baju kurung Kedah dengan corak bunga, baju kebaya, abaya dalam corak yang menyerlah, selain pelbagai pilihan tudung dalam semua warna dan gaya, serta baju Melayu dan kain samping songket.
“Semasa kempen Jualan Lazada 3.3, kami menjual lebih daripada lima kali lebih banyak kesemua jenis fesyen dalam tempoh 10 minit pertama berbanding hari biasa dalam tempoh lima minit pertama, yang menggambarkan bahawa rakyat Malaysia datang ke platform ini untuk membeli berbelanja,” katanya kepada media selepas pelancaran Koleksi Raya LazLook eksklusif Lazada di sini, baru-baru ini.
Acara itu disiarkan secara langsung di LazLive dengan lebih 50 model menyusuri jalan Bukit Bintang dan menukarkannya menjadi pentas fesyen sepanjang 500 meter, sebelum berakhir di CommonKL @ BBPark.
Alan percaya bahawa Lazada menjadi pilihan orang ramai, kerana mereka terkenal untuk penghantaran yang cepat dan percuma, dengan pengguna boleh mendapatkan baucar dan ganjaran penghantaran percuma serta penjimatan melalui ‘Pulangan Tunai Setiap Hari’.
“Pada bulan yang akan datang, kami akan terus memperbanyakkan lagi kategori fesyen dan kecantikan kami, dengan memperkenalkan lebih banyak jenama dan tawaran baharu, dengan pelbagai perkhidmatan pembayaran, termasuk LazPayLater,” katanya.
Alan berkata e-dagang menjadi platform pilihan untuk mencari barangn fesyen, kerana 53 peratus pengguna menggunakannya untuk mencari produk sesuai, 74 peratus kerana harga, 69 peratus (tawaran diskaun) dan 47 peratus kerana ulasan yang menjadi pertimbangan utama untuk pembelian.
-- BERNAMA
© 2025 BERNAMA • Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan