BACHOK, 7 Mac (Bernama) -- Majlis Daerah Bachok (MDB) memasang papan tanda amaran sebagai peringatan bahaya mandi di Pantai Kemayang di sini susulan tiga kejadian kematian akibat lemas tahun ini.
Yang Dipertua MDB Azi Rahimee Mohamed berkata pantai berkenaan yang mempunyai tiga teluk didapati berbahaya kepada kanak-kanak terutama pada musim tengkujuh.
"Situasi ini lebih berbahaya kepada kanak-kanak luar dari Kelantan yang pulang ke kampung halaman sempena cuti sekolah.
"Mereka tidak memahami keadaan pantai di sini yang banyak mempunyai kawah bahaya," katanya yang juga ketua jajahan Bachok.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau dan memasang papan tanda di Pantai Kemayang hari ini.
Semalam Bernama melaporkan mayat kanak-kanak lelaki, Ahmad Fadhlullah Mohamad, 12, ditemukan pada 1.40 tengah hari selepas dihanyutkan ombak besar ketika cuba menyelamatkan anak saudaranya yang tergelincir di benteng Pantai Kemayang.
Kurang sejam Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) ditutup semalam, satu lagi insiden lemas berlaku membabitkan mangsa, Muhammad Iman Mikail Muhammad Sabri, 8, ketika mandi di benteng batu di pantai sama pada 4.30 petang.
--BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial