PUTRAJAYA, 7 Mac (Bernama) -- Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 akan diumumkan pada Khamis ini (9 Mac), kata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusof berkata keputusan UPKK Tahun 2022 itu boleh disemak bermula pukul 4 petang pada Khamis.
"Ibu bapa atau penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon melalui dua kaedah iaitu Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau di laman sesawang," katanya.
Menerusi kaedah SMS, UPKKNo MyKid/No Kad Pengenalan KhasNo Angka Giliran dan hantar ke 15888, manakala laman sesawang adalah https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan No MyKid/No Kad Pengenalan Khas dan No Angka Giliran.
Hakimah berkata ibu bapa atau penjaga boleh mendapatkan slip keputusan UPKK Tahun 2022 daripada pihak sekolah masing-masing bermula Jumaat (10 Mac) pukul 9.30 pagi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial