PETALING JAYA, 19 Feb (Bernama) -- Sejumlah 30 pasukan telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan Piala Presiden dan Piala Belia 2023 anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bermula Mac ini.
Menerusi majlis undian bagi kedua-dua kejohanan bola sepak kategori remaja itu yang berlangsung di sini hari ini, 17 daripada 30 pasukan akan bersaing dalam Piala Presiden yang dijadual bermula dengan perlawanan peringkat kumpulan pada 16 Mac.
Sementara itu bagi Piala Belia, sejumlah 13 pasukan akan memulakan saingan peringkat kumpulan pada 17 Mac.
Pasukan-pasukan yang bertanding ini diasingkan ke dalam empat zon bagi Piala Presiden dan tiga zon bagi Piala Belia mengikut mekanisme undian ditetapkan.
Majlis undian selepas Taklimat Pasukan Piala Presiden dan Piala Belia musim 2023 itu turut dihadiri Naib Presiden FAM Mohd Firdaus Mohamed dan Exco FAM Md Dali Wahid.
Berikut merupakan keputusan undian bagi saingan Piala Presiden dan Piala Belia musim 2023:
Piala Presiden
-------------------
Zon A Zon B Zon C
Sri Pahang FC Penang FC Sabah FC
Pulau Pinang FA Kelantan FC KL City FC
Kelantan United FC Perak FC III Negeri Sembilan FC
Kedah Darul Aman FC C Akademi Mokhtar Dahari B-17 Selangor FC B-20 Terengganu FC III
Zon D
Melaka FA
Kuching City
JDT III
PDRM FC
Piala Belia:
---------------
Zon A Zon B Zon C
Sri Pahang FC SSTMI Sabah FC
Kedah Darul Aman FC D Kelantan FA Selangor FC B-18
Akademi Mokhtar Dahari B-16 Pulau Pinang FA JDT IV
Penang FC Terengganu FC IV KL City FC
Melaka FA
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial