EKONOMI

Presiden Jerman lawat kilang Infineon di Kulim

16/02/2023 06:53 PM

KULIM, 16 Feb (Bernama) -- Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier melawat syarikat semikonduktor global, Infineon Technologies (Kulim) Sdn Bhd, di sini, sebagai sebahagian daripada lawatannya ke Malaysia.

Lawatan itu memberi tumpuan kepada sumbangan Infineon untuk membolehkan peralihan tenaga global dengan penyelesaian semikonduktor penjimatan tenaga serta dengan melabur dalam penyelesaian yang mengurangkan lagi jejak karbon dalam pembuatan cipnya.

Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan Infineon Technologies (Kulim) Ng Kok Tiong berkata syarikat itu kini sedang membina kilang baharu bernilai dua bilion euro (1 euro=RM4.72) yang akan memberi tumpuan kepada compound semiconductors.

“Secara keseluruhan kami mencapai kemajuan dengan baik seperti yang kami rancang. Kami telah menetapkan bahawa kami harus bersedia untuk peralatan pada musim panas 2024. Kilang itu akan mewujudkan 900 pekerjaan bernilai tinggi.

"Ia adalah pembinaan yang besar, kemajuannya sangat baik dan kami sangat gembira dengan kemajuan walaupun terdapat cabaran dalam industri pembinaan," katanya kepada pemberita selepas Presiden Jerman melawat tapak itu hari ini.

Beliau berkata syarikat itu juga telah menetapkan matlamat untuk mengendalikan 100 peratus kilangnya di Malaysia dengan tenaga elektrik hijau pada masa hadapan dan bekerjasama rapat dengan pembekal tempatan dan kerajaan untuk tujuan ini.

“Inisiatif ini akan membantu meningkatkan lagi sumbangan iklim positif Infineon. Hari ini, penyelesaian tenaga yang cekap syarikat membantu menjimatkan 33 kali ganda jumlah karbon yang dikeluarkan semasa pengeluarannya,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Pengarah Urusan Infineon Asia Pasifik C S Chua berkata permintaan yang semakin meningkat untuk tenaga boleh diperbaharui, e-kenderaan serta aplikasi cekap tenaga akan membawa kepada peningkatan kukuh dalam permintaan bagi semikonduktor kuasa.

"Pelaburan kami di Kulim dan seterusnya meletakkan asas untuk dapat memenuhi keperluan yang semakin meningkat ini juga," katanya.

 -- BERNAMA

 

I


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan