KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas manakala seorang lagi masih hilang dipercayai hanyut dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ampang, di sini, hari ini.
Mangsa yang lemas dikenali sebagai Wan Muhammad Ammar Wan Mohd Noor Hafizan berusia lapan tahun sementara yang masih hilang ialah Muhammad Riqullah Mohd Shafie, 10.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 4.44 petang dan tiba di lokasi pada 5.08 petang tadi.
Beliau berkata kanak-kanak berkenaan dipercayai dihanyutkan air di dalam longkang dianggarkan sedalam 1.22 meter.
“Ketika ini bomba sedang meneruskan operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa yang masih hilang,” katanya ketika dihubungi hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial