AM

Operasi kaunter HASiL berpindah ke Dewan Menara Bangunan HASiL

03/02/2023 11:03 AM

KOTA KINABALU, 3 Feb (Bernama) -- Operasi kaunter perkhidmatan khidmat pelanggan, kaunter pusat bayaran Kota Kinabalu dan kaunter duti setem Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) dipindahkan sementara ke Dewan Menara HASiL di sini bermula Isnin depan.

HASiL dalam kenyataan hari ini memaklumkan kaunter berkenaan sebelum ini beroperasi di tingkat bawah dan tingkat mezanin Menara HASiL Kota Kinabalu di sini.

"Pemindahan sementara lokasi kaunter-kaunter ini adalah berikutan pelaksanaan kerja-kerja pengubahsuaian, pembaikan dan penyelenggaraan dilokasi sedia ada," menurut kenyataan itu.

Menurutnya perkhidmatan yang ditawarkan di kaunter adalah masih sama namun bilangan pelanggan dihadkan berdasarkan kepada kapasiti keluasan serta ruang dewan yang kecil. 

Lokasi baharu perkhidmatan kaunter berkenaan akan beroperasi sehingga kerja-kerja pengubahsuaian, pembaikan serta penyelenggaraan selesai, dan sebagai alternatif, para pelanggan juga boleh menggunakan perkhidmatan dalam talian HASiL bagi sebarang urusan percukaian. 

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan melalui Hasil Care Line di talian 03-89111000 / 603-89111100 (luar negara), HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan