BERITA TERGEMPAR | Kemalangan lori FRU : Angka kematian meningkat sembilan orang - Polis | |
Oleh Linda Khoo Jui Li
BANGKOK, 2 Feb (Bernama) -- Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan perjuangan dalam saingan Thailand Masters apabila melangkah ke suku akhir buat pertamanya musim ini di Bangkok, hari ini.
Dalam saingan di Stadium Nimibutr di sini, pemain muda berusia 22 tahun itu merangkap pilihan kelapan kejohanan menjinakkan pemain Korea Selatan, Heo Kwang Hee, 21-16, 21-10 di pusingan kedua dalam pertarungan selama 38 minit itu.
Pemain ranking ke-17 dunia itu akan berdepan dengan pemain berpengalaman dari Kong Kong, Angus Ng Ka Long, yang juga pemain nombor 14 dunia, untuk mengesahkan tiket ke separuh akhir, esok.
Tze Yong, sebelum ini, gagal melepasi pusingan awal dalam tiga kejohanan tahun ini iaitu Terbuka Malaysia (pusingan pertama) dan tersingkir pada pusingan kedua masing-masing diTerbuka India dan Indonesia Masters.
Ka Long pula mengesahkan slot suku akhir selepas mengalahkan pemain profesional negara, Cheam June Wei, 21-19, 12-21, 21-9.
Sementara itu, beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dan Chan Peng Soon-Cheah Yee See turut tersingkir di pusingan kedua.
Soon Huat-Shevon, gandingan nombor 11 dunia, ditunjuk keluar oleh pasangan nombor 35 dunia dari Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito, 15-21, 10-21, manakala Peng Soon-Yee See tewas kepada gandingan Indonesia, Amri Syahnawi-Winny Oktavina Kandow, 19-21, 15-21.
Dalam acara beregu lelaki, wakil negara, Nur Mohd Azriyn Ayub-Low Juan Shen gagal melepasi pusingan kedua selepas tewas 14-21, 21-19, 16-21 di tangan wakil Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Yang Ming Tse.
Beregu muda negara , Low Hang Yee-Ng Eng Cheong terpaksa akur tewas kepada gandingan nombor lapan dunia dari Indonesia, Muhammad Shobihul Fikri-Bagas Maulana, 10-21, 15-21.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial