JENAYAH & MAHKAMAH

Perhimpunan: Polis rakam keterangan 10 individu

02/02/2023 11:18 AM

KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Polis telah mengambil keterangan daripada 10 individu bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan di hadapan Kedutaan Sweden dan Belanda di ibu negara Jumaat lepas, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim.

"Beberapa individu lagi akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini. 

Pada Sabtu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata pihaknya mengesan dua perhimpunan yang diadakan di sini, Jumaat lepas, bagi menyerahkan memorandum membantah pembakaran al-Quran dan demonstrasi solidariti bantahan penghinaan terhadap agama Islam.

Beliau berkata perhimpunan itu tidak mematuhi peruntukan undang-undang dan pihaknya telah membuka dua kertas siasatan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan