JENAYAH & MAHKAMAH

Kes bunuh di Tawau bermotif cemburu - Polis

31/01/2023 12:55 PM

KOTA KINABALU, 31 Jan (Bernama) -- Kes bunuh terhadap seorang pemandu e-hailing di sebuah ladang sawit di Tawau pada 13 Jan lepas yang melibatkan penahanan lapan anggota polis termasuk empat pegawai kanan adalah bermotifkan cemburu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah.

Beliau berkata kes itu lebih bersifat peribadi dan tidak melibatkan isu keselamatan di Sabah.

Menurut Idris tiga orang awam turut ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan dan semalam isteri kepada si mati telah didakwa di Mahkamah Majistret Tawau mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes tersebut.

“Kes sedang dalam siasatan dan polis sedang mengumpulkan bahan bukti serta mengambil keterangan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini.

Semalam, penganggur, Nurima Juli, 33, didakwa di Mahkamah Majistret Tawau atas pertuduhan membunuh Nurman Bakaratu, 61, di ladang sawit berhampiran Jalan Anjur Juara, Jalan Apas, Batu 5, di sini antara 7.30 hingga 9 malam, 13 Jan lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan