JENAYAH & MAHKAMAH

Banduan lari dari pusat koreksional Jasin berjaya ditangkap

31/01/2023 11:52 AM

JASIN, 31 Jan (Bernama) -- Polis berjaya menahan seorang banduan yang melarikan diri dari Pusat Koreksional Jasin sejak enam hari lepas, di sekitar kawasan Alor Gajah malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin ASP Mohd Fadzli Othman berkata lelaki berusia 43 tahun itu ditahan kira-kira 9 malam tadi dan dibawa ke Mahkamah Majistret Jasin hari ini bagi permohonan reman.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Polis sebelum ini dilaporkan memburu banduan itu yang dipercayai meloloskan diri dari pusat tersebut pada 24 Jan lepas dan disedari warden penjara berkenaan kira-kira 2.20 petang.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan