DUNIA

Lebih 50,000 kematian akibat COVID-19 direkodkan di Kanada

31/01/2023 11:02 AM

OTTAWA, 31 Jan (Bernama) -- Jumlah jangkitan COVID-19 di Kanada melonjak kepada 4,550,256 kes manakala kematian sebanyak 50,380 direkodkan setakat 21 Jan, menurut Agensi Kesihatan Awam Kanada (PHAC) pada Isnin.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa virus SARS-CoV-2 masih menular secara meluas di seluruh Kanada dan kerajaan akan melaksanakan tindakan terbaik untuk mengehadkan penyebaran virus serta mengurangkan impaknya terhadap masyarakat.

COVID-19 kekal sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan antarabangsa dan Kanada akan terus memantau situasi COVID-19, menurut PHAC.

PHAC memaklumkan bahawa Kanada akan terus menyumbang dan menilai epidemiologi global COVID-19, termasuk bekerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa untuk meningkatkan kapasiti penjujukan genom virus itu.

Memandangkan angka jangkitan COVID-19 dan kadar kemasukan ke hospital terus meningkat, pencegahan termasuk pemberian vaksin COVID-19 dan amalan perlindungan peribadi, kekal menjadi pendekatan terbaik dalam mengurangkan risiko jangkitan teruk dan mengehadkan beban pada sistem kesihatan, menurut PHAC.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan