GEORGE TOWN, 30 Jan (Bernama) -- Dekan Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Azlan Amran, dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat universiti itu, selama tiga tahun bermula 1 Feb.
USM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan itu, dipersetujui Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini, bagi menggantikan Prof Dr Md Roslan Hashim yang tamat tempoh pelantikannya pada 30 Nov lepas.
“Azlan, 51, yang berasal dari Ulu Langat, Selangor yang merupakan seorang siswazah Kedoktoran Perakaunan dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan Perakaunan dari Universiti Malaya, memulakan kerjaya sebagai pensyarah USM pada tahun 2006.
Azlan mempunyai kepakaran luas dalam bidang Tanggungjawab Sosial Koporat (Amalan dan Pelaporan) dan juga Laporan Bersepadu dan Tadbir Urus,” menurut kenyataan itu.
Beliau terlibat aktif dalam pelbagai jawatankuasa peringkat antarabangsa dan kebangsaan seperti Institut Integriti Malaysia, SIRIM, Asian Academy of Management (AAM) dan The Alliance on Business Education and Scholarship for Tomorrow, a 21st century organization (ABEST21).
Kenyataan itu turut memaklumkan kepakaran yang ada pada Azlan turut membuatkan beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah The Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) International, sebuah badan akreditasi elit antarabangsa yang berpangkalan di Tampa, Florida, Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial