POLITIK

Datuk Muhamad Muqharabbin letak jawatan Exco Pemuda UMNO Sabtu

28/01/2023 12:59 PM

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin mengumumkan peletakan jawatan beliau selaku Exco Pergerakan Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

Beliau menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata surat rasmi berhubung peletakan jawatan beliau akan diserahkan kepada pucuk pimpinan UMNO dalam minggu ini.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada para sahabat-sahabat UMNO Malaysia yang bersama saya dalam perjuangan semenjak 2018 hingga kini. Kita tetap bersahabat selamanya dan menjaga ukhwah sesama kita. Selamat maju jaya buat semua sahabat Ketua Ketua Pemuda UMNO seluruh negara,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan