KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Waktu perkhidmatan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan hingga pukul 2 pagi ini bagi menyokong keperluan pengguna menghadiri beberapa acara di sekitar Kompleks Sukan Negara di sini.
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kesemua perkhidmatan stesen lain akan turut dilanjutkan bagi membolehkan penumpang menuju ke destinasi akhir, manakala operasi bas Rapid KL bagi 20 laluan yang terpilih akan dilanjutkan hingga pukul 2.30 pagi.
Menurut kenyataan itu, susulan gangguan perkhidmatan LRT Laluan Ampang di antara Stesen LRT Masjid Jamek dan Stesen LRT Bandaraya, penumpang dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif yang disediakan untuk ke Stesen LRT Bukit Jalil.
“Bagi mengelakkan kesesakan, penumpang dinasihatkan agar terus membeli token perjalanan pulang sebaik sahaja tiba di Bukit Jalil, ataupun menggunakan kad Touch ‘n Go dan memastikan baki kad mencukupi.
“Penumpang juga dinasihatkan mematuhi peraturan ketika menggunakan perkhidmatan rel dan bas, termasuk sentiasa memakai pelitup muka,” menurut kenyataan itu.
Berikut ialah 20 laluan bas Rapid KL yang dilanjutkan operasi hingga 2.30 pagi:
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial