AM

Tujuh tentera ATB 2 selamat dalam kejadian bot ronda karam dekat Sandakan

26/01/2023 09:44 AM

SANDAKAN, 26 Jan (Bernama) -- Tujuh anggota tentera daripada Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) selamat dalam kejadian bot karam berhampiran Pulau Nunuyan dekat sini pagi semalam.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah, kejadian berlaku kira-kira 11 pagi ketika bot ronda anggota berkenaan dipukul ombak besar di perairan pulau itu.

"Pada 25 Jan (semalam), lebih kurang 10 pagi, bot ronda Viper 7 Markas ATB 2 dengan kekuatan tujuh anggota tentera bertolak dari Pulau Bakungan Kecil ke jeti Markas ATB 2 di Batu Sapi, Sandakan bagi tujuan pengisian minyak logistik dan kebajikan anggota.

"Bagaimanapun, pada kira-kira 11 pagi, ketika bot ronda itu tiba berhampiran laut Pulau Nunuyan, telah dipukul ombak besar dan menyebabkan ia (bot ronda) karam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Idris berkata kesemua mangsa berjaya diselamatkan kira-kira 2.50 petang semalam oleh sebuah bot ronda Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 15 dengan sebuah bot PSC 66, dan dibawa ke markas operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan untuk rawatan dan proses dokumentasi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan RM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2023 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan