AM

Datuk Shadan dilantik Datuk Bandar MBMB yang baharu

26/01/2023 01:00 AM

MELAKA, 25 Jan (Bernama) -- Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman, dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang baharu berkuat kuasa 1 Feb ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Zaidi Johari, berkata Shadan akan menggantikan Datuk Zainal Abu yang tamat perkhidmatan pada 31 Jan ini.

“Berikutan pelantikan tersebut, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Datin Sapiah Haron dilantik sebagai Yang DIpertua MPHTJ berkuat kuasa tarikh sama,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata Ketua Penolong Setiausaha Kanan Kerajaan, Unit Kerajaan Tempatan (UKT), Jabatan Ketua Menteri Melaka, Rosmanizam Mohd Nalif @ Zawawi dilantik sebagai Yang Dipertua MPJ menggantikan Sapiah, juga berkuat kuasa pada tarikh sama.

Bagaimanapun, tiada perubahan di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) apabila Saifuddin Abdul Karim kekal sebagai Yang Dipertuanya.

“Kerajaan Negeri Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Zainal di atas sumbangan beliau sebagai Datuk Bandar MBMB selama ini.

“Kerajaan Negeri Melaka juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Shadan, Sapiah, Saifuddin dan Rosmanizam atas pelantikan tersebut,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan RM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2023 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan