AM

Aktiviti, hiasan menarik sempena Tahun Baharu Cina di Sunway Putra Mall

10/01/2023 06:04 PM

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Sunway Putra Mall menyediakan pelbagai aktiviti, persembahan dan hiasan dengan tema Blooming Happiness bermula 5 Jan hingga 6 Feb di Ruang Legar Utama, Tingkat Bawah bersempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Pusat beli-belah itu dalam kenyataan memaklumkan antara tarikan untuk pengunjung ialah perhiasan bertemakan Spring Forest yang memaparkan pohon besar dan bunga-bungaan dalam bentuk arnab serta susunan tanglung yang melambangkan sambutan perayaan itu, sekali gus menjadi lokasi menarik untuk Instagram.

 “Hujung minggu akan padat dengan aktiviti dan persembahan dari 7 Jan hingga 6 Feb. Antaranya 24 Grand Season Drums (persembahan gendang), Dragon Dance (tarian naga), Rabbit Mascot Walkabout (ramah mesra maskot arnab), Traditional Chinese Fan Dance (tarian kipas Cina), Silk Dance, Lantern Dance (tarian tanglung), Chinese Diabolo, kolam hajat AR dan banyak lagi,” menurut kenyataan itu.

Pengunjung boleh mendapatkan keperluan Tahun Baharu Cina di Festive Bazaar di Ruang Legar Utama sepanjang musim cuti dengan pelbagai produk tersedia termasuk pakaian, aksesori, biskut dan hamper.

“Dapatkan hidangan Tahun Baharu Cina yang enak yang ditawarkan (seksyen) makanan dan minuman (F&B) seperti Go Noodle, Dolly Dim Sum dan Simple Life. Nikmati tawaran hebat bagi fesyen, perhiasan rumah, gaya hidup, teknologi dan pelbagai lagi di seluruh Sunway Putra Mall,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, pengunjung juga boleh menyertai pertandingan melukis tanglung bagi menyerlahkan kreativiti mereka, yang menawarkan hadiah sehingga RM2,100 dan sejumlah 100 tanglung akan dipamerkan di kawasan Ruang Legar.

Mereka juga boleh mencuba permainan maya Fortune Hopping dan sekiranya berjaya mendapat 10 markah tertinggi, pemain berpeluang memenangi hadiah baucar tunai RM50. Permainan bertemakan zodiak arnab itu memerlukan pemain mendapatkan syiling dan penyu emas serta pengunjung juga perlu datang ke Sunway Putra Mall untuk mengimbas kod QR yang disediakan di kolam Fortune dan Blessing

Aktiviti lain ialah Chinese New Year Fortune Rabbit Mascot Walkabout yang bermula pada Sabtu lepas hingga 4 Feb pukul 2.30 petang, pertandingan melukis tanglung pukul 2 petang hingga 4 petang pada 7 dan 8 Jan serta 14 dan 15 Jan.

Tarian naga pula berlangsung pada 15 Jan, Double Lion Blessing Performance (22 Jan), Chinese New Year Lantern Dance Show (23 Jan), Chinese New Year Silk Dance (24 Jan) dan Chinese Mask Changing Performance (29 Jan) masing-masing pada 5 petang serta Chinese Traditional Fan Dance pada 2.30 petang, 4 Feb.  

Sementara itu, Sunway Putra Mall juga telah memilih ganjaran penebusan untuk setiap pengunjung yang membeli-belah dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebuah kereta Proton X70 dan pemenang akan diumumkan pada 7 Feb.

Pengunjung yang membelanjakan RM250/RM200 dalam dua resit boleh menebus set angpau Fortune Bloom, Face Roller Set pula untuk mereka yang membelanjakan RM350/RM300 dalam dua resit manakala pengunjung yang menghabiskan RM800/RM750 dalam dua resit boleh menebus cerek enamel, tertakluk kepada terma dan syarat.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan