EKONOMI

MPC IKTIRAF 10,000 INDIVIDU SEBAGAI PRODUCTIVITY CHAMPION

31/12/2022 03:55 PM

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) mengiktiraf seramai 10,000 individu sebagai Productivity Champion atas sumbangan mereka ke arah peningkatan produktiviti serta daya saing organisasi dan negara.

Menurut MPC dalam kenyataan hari ini, pada tahun ini, rekod tertinggi penyertaan dalam satu organisasi adalah daripada Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) iaitu seramai 683 penerima pengiktirafan Productivity Champion atas projek-projek peningkatan dan penyelesaian produktiviti bagi meningkatkan pendapatan syarikat.

Ketua Pengarah MPC Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata program Productivity Champion merupakan antara strategi untuk mewujudkan komuniti produktiviti yang mampan bagi memupuk minda produktif dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Program Productivity Champion ini diharap dapat menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk terus meningkatkan produktiviti dan daya saing diri,” katanya.

Katanya strategik bagi tahun depan, Productivity Champion akan mendapatkan sokongan daripada badan antarabangsa dan media tempatan serta antarabangsa bagi mengiktiraf program Productivity Champion sebagai pemangkin dalam peningkatan produktiviti negara melalui bakat yang berdaya saing.

Maklumat lanjut mengenai pendaftaran Productivity Champion boleh didapati dengan melayari laman sesawang https://www.mpc.gov.my/epc.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan