Oleh Tuwaedaniya Meringing
PATTANI, 30 Dis (Bernama) -- Pasukan keselamatan mempertingkatkan kawalan keselamatan di destinasi utama pelancongan di semua wilayah selatan Thailand menjelang sambutan ambang tahun baru pada Sabtu.
Komander Tentera Bahagian Ke-4 Leftenan Jeneral Santi Sakuntanark berkata anggota keselamatan ditempatkan di destinasi pelancongan termasuk pantai, pusat membeli-belah dan pusat hiburan memandangkan peningkatan ketibaan pelancong.
“Kita akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan para pelancong dan pengunjung terjamin,” katanya kepada pemberita.
Setakat ini, Santi berkata tiada maklumat anggota militan akan melakukan serangan dan sabotaj.
“Sekatan jalan raya dan pemeriksaan kenderaan akan dilakukan di kawasan berisiko.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial