DUNIA

WHO bimbang dengan peningkatan kes COVID-19 di China

22/12/2022 10:53 AM

GENEVA, 22 Dis (Bernama) -- Jumlah kes COVID-19 yang semakin meningkat di China amat membimbangkan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa Beijing menumpukan usaha memvaksin kumpulan yang berisiko.

Ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata pada Rabu, WHO menyokong usaha vaksinasi yang dilaksanakan China, lapor Sputnik.

Beliau berkata untuk menjalankan penilaian risiko menyeluruh tentang situasi di China, pertubuhan ini memerlukan maklumat lebih terperinci mengenai tahap keseriusan penyakit itu dan bilangan kemasukan ke hospital.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional China, sebanyak 2,286 kes baharu dikesan sepanjang beberapa hari lalu dan secara keseluruhan, sehingga 16 Dis seramai 34,334 orang dijangkiti COVID-19.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan