AM

Tanah runtuh: Kesemua mangsa terima rawatan di hospital dibenar pulang - NADMA

21/12/2022 01:08 AM

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Lapan mangsa kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Gohtong Jaya, Batang Kali yang mendapatkan rawatan di hospital, telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan mengenai status mangsa yang dirawat memaklumkan, mereka yang berusia antara 13 hingga 44 tahun dan menerima rawatan di Hospital Selayang, Hospital Kuala Kubu Bharu serta Hospital Kuala Lumpur, dibenarkan pulang bermula Jumaat lepas sehingga semalam.

“Sebarang maklumat terkini mengenai perkembangan mangsa-mangsa bencana akan dimaklumkan dari masa ke masa setelah mendapat pengesahan rasmi daripada agensi yang bertanggungjawab,” menurut kenyataan itu. 

 

Berikut senarai mangsa yang dirawat:

Bil Nama Jantina Umur Hospital Status
1.  Yam Lee Yen  Perempuan  41  Selayang          Dibenarkan pulang 17 Dis
2.  Ng Wei Lun  Lelaki  13  Kuala Kubu Bharu  Dibenarkan pulang 16 Dis
3.  Mg Tan   Lelaki  34  Kuala Kubu Bharu  Dibenarkan pulang 16 Dis
4.   Sandy Cheah Hui Kein  Perempuan  32  Kuala Kubu Bharu  Dibenarkan pulang 16 Dis
5.   Tan Ei Ein  Perempuan 43  Selayang  Dibenarkan pulang 19 Dis
6.   Choo Wai Lun  Lelaki 34  Selayang Dibenarkan pulang 17 Dis
7.  Ling Zi Xuan  Lelaki 19  Kuala Lumpur  Dibenarkan pulang 19 Dis
  8.  Loh Teng Shui  Lelaki 44  Selayang  Dibenarkan pulang 18 Dis

 

-- BERNAMA 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan