EKONOMI

FMM rayu kenaikan surcaj tarif elektrik secara berperingkat

18/12/2022 07:05 PM

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Kenaikan surcaj tarif elektrik sebanyak lebih 44 peratus bagi pengguna voltan sederhana (MV) dan voltan tinggi (HV) akan menimbulkan kebimbangan dan cabaran utama kepada kategori pengguna ini untuk tempoh enam bulan akan datang, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

Presidennya Tan Sri Soh Thian Lai berkata pihaknya amat prihatin dengan kadar kenaikan surcaj yang ketara dan ingin merayu kepada kerajaan untuk kadar surcaj yang lebih beransur-ansur dan berpatutan bagi meringankan beban kos yang ditanggung pengguna industri ini dalam tempoh ketidakpastian yang berpanjangan ini.

"Permintaan ini mengambil kira bahawa pengguna industri MV dan HV yang terdiri daripada syarikat tempatan dan multinasional (MNC) bersaiz sederhana dan besar turut terjejas oleh kos operasi tinggi yang mencabar memandangkan tekanan inflasi yang tinggi dan kesan daripada kenaikan gaji minimum, kekurangan buruh, kenaikan kos pengangkutan, gangguan rantaian bekalan global, dan kelemahan ringgit.

"Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa syarikat-syarikat ini telah memberi sumbangan besar kepada ekonomi Malaysia, dari segi pelaburan yang besar, sumbangan keluaran dalam negara kasar, dan merupakan majikan terbesar," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Jumaat lepas, kerajaan mengumumkan bahawa pengguna MV dan HV termasuk MNC akan dikenakan surcaj sebanyak 20 sen setiap kWj untuk tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2023.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan