AM

IJM Land akan laksana kerja-kerja pembinaan di Persimpangan The Light

09/12/2022 07:12 PM

GEORGE TOWN, 9 Dis (Bernama) -- IJM Land telah mengumumkan bahawa ia akan memulakan kerja-kerja pembinaan di Persimpangan The Light, yang membabitkan tanjakan bertingkat baharu bagi menghubungkan The Light Waterfront Pulau Pinang dan melebarkan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. 

Kenyataan IJM Land hari ini memaklumkan tempoh keseluruhan kerja-kerja pembinaan ialah dari 12 Dis 2022 hingga Disember 2024.

“Kesemua penambaikan ini akan meningkatkan sistem infrastruktur semasa dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai.

“Fasa 1 akan turut membabitkan penutupan lorong kecemasan menghala ke Bayan Lepas, laluan pejalan kaki sedia ada dan lorong basikal yang akan dilaksana sehingga November 2024,” menurut kenyataan itu.

Menurut IJM, syarikat itu komited untuk mengurangkan kesan kerja-kerja pembinaan kepada orang awam dengan melaksanakan pelan pengurusan trafik sepanjang tempoh tersebut. 

“Semua lencongan lalu lintas atau penutupan jalan sementara akan dilaksana di luar waktu puncak (10 malam hingga 5 pagi), bagi mengurangkan kesan kepada pengguna jalan raya,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan