DUNIA

UK akan umum sekatan baharu ke atas Rusia

09/12/2022 02:25 PM

MOSCOW, 9 Dis (Bernama) -- Kerajaan United Kingdom (UK) akan mengumumkan pakej sekatan baharu terhadap Rusia pada Jumaat, lapor Sputnik.

Pakej itu dijangka memberi kesan ke atas individu Rusia terutama pegawai dan usahawan serta entiti undang-undang yang terlibat dalam operasi ketenteraan di Ukraine.

Sekatan baharu itu juga menyasarkan orang yang mempunyai kaitan dengan skim rasuah dan pencabulan hak asasi manusia.

Langkah khas itu juga bertujuan mengetatkan lagi sekatan sedia ada. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan